KEDATANGAN ANDA DIALU-ALUKAN


Wednesday, February 17, 2010

Tinta yang menulis

Assalamualaikum w.t.h dan salam sejahtera

Selamat membaca diucapkan kepada anda semua. Blog ini bertujuan untuk berkongsi maklumat yang tepat kepada masyarakat mengenai air.

Mungkin kebanyakan pembaca blog ini adalah kawan-kawan saya, saya amat mengalu-alukan kedatangan anda semua ke ruangan ini.

Ramai orang berkata,kenapa nak bercakap pasal air? Takde benda lain ke nak bercakap..?
Tahukah anda bahawa air adalah sumber kepada kehidupan, setiap hari kita minum air,tanpa makanan kita masih lagi boleh hidup tetapi kalau tanpa air kita tidak dapat bertahan lama..

Datuk nenek kita sebelum ini,dengan memasak air, terus boleh minum.
Kenapa zaman sekarang ni nak kena tapis air? Tak ke pelik?

Tahukan saudara saudari bahawa zaman sudah berubah, zaman sekarang dah ada banyak kilang dan pertanian dijalankan secara besar-besaran.

Apa kena mengena air dengan kilang dan pertanian?

Memang ada kena mengena kerana logam-logam berat yang masuk ke dalam sungai akan menyebabkan air tercemar. Saban hari kita dapat lihat di dalam berita, kilang-kilang membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai.

Racun-racun serangga yang digunakan untuk pertanian mengalir ke dalam sumber air bawah tanah dan sungai, ini menyebabkan air tercemar dengan racun serangga.

Di samping itu, air-air lecek dari tempat pembuangan sampah mengalir masuk ke dalam sungai dan seterusnya menyebabkan air sungai tercemar. Sedangkan sungai tersebut digunakan sebagai kawasan tadahan air.

Sumber air sudah tercemar, dengan menambah klorin di loji penapisan air, adakah dapat membersihkan air tersebut. Kita semua sedia maklum bahawa klorin adalah punca kepada penyakit kanser. Apabila memanaskan air untuk diminum, tindak balas klorin dengan haba akan lebih memburukkan lagi keadaan.

Dengan memasak air hanya bakteria sahaja yang akan hilang, bagaimana pulak dengan klorin,racun-racun serangga yang mengalir masuk ke kawasan tadahan air, arsenik, magnasium, logam-logam berat yang dilepaskan oleh kilang, karat besi dan sebagainya. Adakah semua bahan pencemar ini boleh dihilangkan dengan memasak air?

Jawapannya tidak! Jadi kemana semua bahan tersebut pergi? Ya, sudah tentu ke dalam tubuh kita.

Bahan-bahan pencemar air ini boleh memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan kita.

Yang akan menjadi mangsa adalah buah pinggang kita, ini kerana buah pinggang akan berkerja keras untuk menapis semua bahan tersebut.

Cuba bayangkan sebuah enjin kereta, yang memecut laju di atas jalan raya, apa akan jadi pada enjin tersebut jika kita menaiki 100km/j tanpa henti? Kalau sehari mungkin boleh bertahan, bayangkan jika 30 tahun. Ya, sudah tentu. Enjin tersebut akan rosak. Begitu juga dengan buah pinggang di dalam tubuh manusia.

Jika kita sudah menggunakan penapis air, adakah penapis air tersebut dapat menapis semua pepejal yang terlarut di dalam air?

Menurut kajian, hanya sistem osmosis balikan (reverse osmosis) yang dapat mengatasi masalah pencemaran air.

Jika anda sedang mencari penapis air, saya cadangkan Elken Bio Pure Ken Series pilihan yang terbaik untuk kita semua. Kenapa?

Ini kerana Elken menggunakan sistem RO untuk menghasilkan air tulen yang bersih. Penapis air Elken dapat dapat menapis semua bahan pencemar termasuk virus dan bakteria. Ini bermakna kita dapat meminum air tersebut tanpa perlu memasak air. Begitu menakjubkan! Ianya juga menguraikan air kepada partikel-partikel yang lebih kecil dan ini akan menyenangkan tubuh badan kita menyerap air tersebut. Ini kerana tubuh kita hanya menyerap air yang tulen dan bersih dan bukannya mineral-mineral yang terdapat dalam air. Mineral-mineral tersebut akan di tapis di buah pinggang dan di salurkan keluar dari badan melalui air kencing.

Jadi macamana tubuh badan kita mendapat sumber mineral? Sebenarnya sumber mineral untuk kegunaan badan kita diperolehi daripada makanan yang kita ambil seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya. Banyak kajian yang dilakukan dan pakar-pakar air sependapat mengenai perkara ini. Sebagai contoh seperti klip video di bawah.

Elken menawarkan 3 penapis air iaitu Ken 1, Ken 2 dan Ken 3. Disamping harganya yang berpatutan, ianya juga memenuhi spesifikasi untuk memastikan semua masalah pencemaran air dapat diselesaikan.Di samping itu Elken Ken Series mendapat pengiktirafan antarabangsa (WQA).

Jika kita melihat air dengan mata kasar, kita hanya dapat melihat air yg jernih. Tetapi tahukah anda apa yang terdapat di dalam air sebenarnya?

Terdapat 2 cara untuk menguji air secara saintifik, yang pertama menggunakan alat TDS, yang mana alat ini akan menunjukkan bacaan pepejal terlarut di dalam air.

Yang ke 2 menggunakan teknologi elektrolisis, dengan menggunakan cara elektrolisis, ia dapat menguraikan sebatian yg terdapat di dalam air. Dengan cara ini anda semua dapat melihat apa sebenarnya yg terdapat di dalam air.

Saudara saudari yang dihormati, kalau kita tidak memikirkan tentang diri sendiri, cuba fikir kan tentang keluarga terutamanya anak,isteri, suami, ibu bapa dan ahli keluarga kita. 20 tahun lagi mungkin kita sudah meninggal dunia, tetapi anak kita pada masa itu berusia dalam 20-an, adakah kita gembira jika kesihatan mereka terjejas pada masa itu?


Jadi ingatlah, tindakan kita hari ini akan menjamin kehidupan yang berkualiti pada masa hadapan. Pepatah ada mengatakan "Mencegah lebih baik daripada berubat".

Di bawah ini terdapat klip-klip video yang berguna pada kita semua, jadi luangkanlah sedikit masa untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Jika saudara saudari mempunyai pertanyaan, bolehlah email kepada saya.

Sekian, terima kasih dan selamat menonton.

APA YG KITA TIDAK TAHU MENGENAI AIR